raising my sunshine
Dear Diary..
Home About Twitter Follow Dash

le owner


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

precious moments.



tagboard

Cutie(s)


Drop some comment :*
URL blog wajib ada not email
Please put ur link correctly
Harsh words are NOT allowed

credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
Persahabatan Tiga Segi
Wednesday, 30 October 2013 • 23:16 • 0 comments



Assalamualaikum and Hi peeps

Korang pernah dengar 'Persahabatan Tiga Segi'? Mesti tak pernah kan? Yang ada cuma 'Cinta Tiga Segi' je kan? Haa mungkin ramai yang pernah alami situasi macam ni. Persahabatan yang melibatkan nombor ganjil. For example, berkawan 3 orang, 5 orang atau seangkatan dengannya lah. 










Selalunya, persahabatan ni akan menyebabkan salah sorang akan rasa 'tersisih'. Kawan yang rasa ‘tersisih’ tu pada awalnya akan rasa ‘cool’ je, act like
there is nothing happening. Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati, akhirnya yang ‘tersisih’ tu mengundurkan diri, biarkan 2 orang kawan tersebut. Yang 2 orang tu mungkin akan rasa pelik, hairan, and the question arose between them.


Example:

“Kenapa perangai dia pelik semacam je?”,,”Kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri ek? kita ada wat salah ke ?”.


Antara situasi/contoh rasa tersisih :-

1. Kawan yang 2 orang tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada 

   sekali. (buat macam tak wujud je)
2. Kawan yang 2 orang saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2, tapi tidak  

   kawan yang ke 3, kalau tau pon, dia orang yang terakhir tau. (urgh i hate this type)

Bila situasi ini terjadi, mula lah kawan yang rasa dirinya ‘tersisih’ merasakan, dia dah tak diperlukan dalam 'Persahabatan Tiga Segi' ini. Dia rasa terpinggir. Mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi.

Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat, tapi tiba tiba muncul watak ke’3’ atau ke’5, yang kira sama kepala, maka berlakulah persahabatan yang sedemikian,tapi lama2 ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu maka sahabat yang sorang lagi merasakan diri dia rasa ‘tersisih’.

Jadi, sesiapa yang mengalami situasi begini:

Yang pertama sekali korang kena ingat dalam kepala yang mereka adalah kawan korang juga, korang pernah menjadi rapat dengan diorang. Tak ada gunanya korang asingkan diri dari diorang tu semua sebab akhirnya nanti anda yang akan rasa terpinggir dengan perbuatan tersebut. Kalau perkara itu terjadi bukanlah salah mereka tapi salah korang sendiri!

Anda boleh berbincang dengan mereka tapi elakkan dari berbincang secara 3 orang.

Mulakan dengan perbualan yang lebih selesa seperti bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kenangan-kenangan lepas yang boleh membuatkan korang semakin mesra dan rapat. Pilih topik perbualan yang menyenang dan boleh mengembalikan kemesraan korang sebagai kawan. Pastikan diri anda sendiri dan kawan anda dalam keadaan selesa semasa berbual dan tidak berasa janggal.

Apabila keadaan telah menjadi selesa, beritahu sejujurnya perasaan anda yang rasa terpinggir dan tersisih secara lemah lembut dan penuh budi bahasa. Elakkan daripada menyindir. Kalau anda rasa takut atau janggal, luahkan dengan menggunakan nada seperti bergurau. Jangan lupa untuk menyatakan sebab-sebab mengapa anda rasa terpinggir dari mereka. Kalau dia seorang kawan yang baik, dia takkan biarkan anda rasa seperti itu dan cuba untuk melegakan perasaan anda yang rasa terpinggir itu.

Untuk menjadi sahabat yang baik kita hormatilah perasaan sahabat kita kalau nak sahabat kita menghormati perasaan kita. Kita pon kena hormat perasaan kita sendiri, kena tau sempadan kita, supaya kita tak buat perkara yang memalukan semata mata untuk menarik perhatian kawan kita.

Dalam persahabatan juga kena ada rasa saling percaya. Bercerita masalah peribadi dan rahsia anda pada mereka membuatkan mereka berasa istimewa dan mereka pun akan turut bercerita hal peribadi mereka sendiri.

Ada masanya kita perlu memikirkan bahawa sahabat kita juga memerlukan teman untuk mendengar cerita dan masalah mereka. Kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan kita sahaja yang ada masalah dan perlukan kawan. Orang lain juga perlukan keperluan sebegitu. Ambillah masa untuk mendengar. Apabila mendengar masalah dari sahabat kita elakkan dari memberikan reaksi seperti,

"tulah.."
"hmmm.."
"yeah.."

 
dan reaksi-reaksi yang menunjukkan seperti korang tak berminat..

Tapi seeloknya dengarlah dengan teliti apa yang mahu disampaikan. Jangan cuba untuk memotong atau memintas percakapan mereka. If kawan-kawan korang meminta nasihat daripada anda, berilah nasihat yang terbaik dan terbijak pada mereka. Dengan cara ini anda boleh mendapat rasa hormat mereka dengan begitu mudah dan menjadikan mereka lebih rapat dengan anda. 



Persahabatan itu ibarat 'isi dengan kuku',,bagai 'aur dengan tebing', kalau ada perselisihan ibarat 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Sakit sahabat kita ibarat 'cubit peha kanan,peha kiri turut rasa sakit'

That's all for today. Bye and assalamualaikum :)


0 Comments:

Post a Comment


|